11 Sep 2018

Guru Mursyid "4"

Manifestasi Taqwa, melalaui sikap wara’ dan istiqamah.


Perwujudan atas Ittiba’ sunnah Nabi melalui pemeliharaan dan budi pekerti yang baik. Sedangkan perwujudan berpaling dari makhluk melalui kesabaran dan tawakal. Sementara perwujudan ridha kepada Allah, melalui sikap qana’ah dan pasrah total. Dan perwujudan terhadap sikap kembali kepada Allah adalah dengan pujian dan rasa syukur dalam keadaan suka, dan mengembalikan kepada-Nya ketika mendapatkan bencana.


Secara keseluruhan, prinsip yang mendasari di atas adalah:


1) Himmah yang tinggi,

2) Menjaga kehormatan,

3) Bakti yang baik,

4) Melaksanakan prinsip utama; dan

5) Mengagungkan nikmat Allah Swt.


Dari sejumlah ilusttrasi di atas, maka bagi para penempuh jalan sufi hendaknya memilih seorang Mursyid yang benar-benar memenuhi standar di atas, sehingga mampu menghantar dirinya dalam penempuhan menuju kepada Allah Swt.


Rasulullah saw. adalah teladan paling paripurna. Ketika hendak menuju kepada Allah dalam Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah Saw. senantiasa dibimbing oleh Malaikat Jibril as. Fungsi Jibril di sini identik dengan Mursyid di mata kaum sufi. Hal yang sama, ketika Nabiyullah Musa as, yang merasa telah sampai kepada-Nya, ternyata harus diuji melalui bimbingan ruhani seorang Nabi Khidir as. Hubungan Musa dan Khidir adalah hubungan spiritual antara Murid dan Syekh. Maka dalam soal-soal rasional Musa as sangat progresif, tetapi beliau tidak sehebat Khidir dalam soal batiniyah.


Karena itu lebih penting lagi, tentu menyangkut soal etika hubungan antara Murid dengan Mursyidnya, atau antara pelaku sufi dengan Syekhnya. Syekh Abdul Wahhab asy-Sya’rani, (W. 973 H) secara khusus menulis kitab yang berkaitan dengan etika hubungan antara Murid dengan Mursyid tersebut, dalam “Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah fi Ma’rifati Qawa’idus Shufiyah”.


Ada sebagian Masyaikh yang menetapkan sebelas tingkatan dalam perjalananTasawwuf seperti berikut:

1. Muwafiqat
Murid mula memusuhi segala musuh Allah iaitu Syaitan, Dunia,Hawa dan Nafsu. Dirinya mula mengasihi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mail
Murid mula cenderung terhadap Allah dan melenyapkan segalasesuatu selain Allah pada permukaan hatinya.

3. Muwanisat
Murid mula meninggalkan segala sesuatu dan mula mencari AllahSubhanahu Wa Ta’ala.

4. Mawaddat
Murid menyibukkan dirinya dengan penyerahan, tangisan, cinta danpengharapan di dalam hatinya.

5. Hawa
Murid memelihara hatinya dengan penuh kesungguhan denganbermujahadah meninggalkan perkara dosa dan hatinya menjadi lembut.

6. Khullat
Murid menjadikan seluruh anggotanya dalam ketaatan mengingatiAllah Ta’ala dan melenyapkan segala ingatannya terhadap yang lain.

7. Ulfat
Murid mula mengenepikan dirinya dari segala sifat-sifat yang terceladan menggantikannya dengan sifat-sifat yang mulia.

8. Syaghaf
Murid dengan kesungguhan yang ada dalam dirinya telah berupayamenyingkap tabir hijab dan menganggap bahawa membongkarkan rahsia cintanyaterhadap Allah Ta’ala sebagai suatu perkara yang boleh menimbulkan Syirik, lalumereka memelihara segala rahsia tersebut dengan penguasaan Wajd yaknipenerimaan penghasilan segala faedah yang bersifat Batin.

9. Taym
Murid menjadikan dirinya sebagai hamba cinta dan menggabungkandirinya dalam Tajrid dan Tafrid. Tajrid bererti mengasingkan diri dari khalayak,manakala Tafrid bererti berkhalwat dalam diri.

10. Walsh
Murid memelihara cermin hatinya di hadapan keagungan AllahSubhanahu Wa Ta’ala dan menjadi mabuk cinta denganNya.

11. ‘Ishiq
Murid sentiasa menyibukkan lidahnya dengan Zikirullah, hatinyadengan memikiri tentang Allah Ta’ala dan Ruhnya menikmati Musyahadah melihattanda-tanda Kebesaran Allah Ta’ala sehingga dia merasakan dirinya senri tidakwujud


Tidak ada komentar:

Posting Komentar